One Liter Tears... or more than that?
"kadang-kadang, aku rasakan, aku seperti layang-layang yang putus talinya..terbang mengikut arus angin.namun, bila tiada angin,maka jatuhlah ia."
Pasrah? Menyerah? Redha? emm.. rasa gila dah. Kerana "satu" perkara itu sahaja telah membuat ku jatuh semula.
PASRAH - Terima apa yang telah terjadi dengan ikhlas. Seikhlas mana hatiku menerima semua ini? ermm...
MENYERAH - Takdir? seperti yang aku katakan, kita sendiri yang memilih takdir itu. Andai sebelum itu, aku tidak memilih jalan ini, pasti tidak akan terjadi semua ini. Pasti, tidak merasa kesakitan ini..
REDHA - Pasti apa yang berlaku, mesti ada hikmahnya.. Tuhan lebih mengetahui..
"Andai Dapat Ku Undurkan Masa "
Sebanyak mana air mata tumpah, tak akan dapat mengembalikan masa itu. Tetapi, dengan air mata sahaja dapat ku lepaskan semuanya. Sabar bersama linangan pandangan yang kabur.
"Biar Masa yang Menentukan"
Luka yang sembuh, pasti akan meninggalkan parutnya. Aku cuba untuk menjauh.Cuba untuk melupakan. Bagaimana? Kawan-kawan, teman-teman sentiasa bersamaku dan Mr.Rain :). Tapi, emm mukin aku lupa pada yang "SATU" , Ya ALLAH ampunkan hamba-mu yang hina ini..
"ada kalanya aku turut kata hati, sanggup menunggu?" kerana apa aku sanggup menunggu? Gila kan? Disebaliknya aku berfikir, semua itu tak akan berlaku, tak perlu menunggu sesuatu yang bukan milikmu.
"aku mula keraskan hati" biarkan.. "ADA AKU KESAH?" Huuh!!!
Tapi aku tak berdaya.. Semakin memberi tekanan. dan akhirnya imbasan apa yang telah terjadi terbayang semula. Dan aku, tak mampu menahan rasa sakitnya..Semakin sakit..Semakin mudah air mata itu mengalir, huh! bodoh!
Gunakan akal ku, untuk menentukan pilihan ku... HATI & AKAL.
No comments:
Post a Comment